fbpx

Wanita maut kutip baju dalam mesin basuh masih berputar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terkena renjatan elektrik ketika cuba mengutip baju dalam mesin basuh yang belum berhenti berputar sepenuhnya. - Getty Images

RIO DE JANEIRO, Brazil – Seorang ibu muda meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju daripada sebuah mesin basuh yang masih belum berhenti berputar, lapor akhbar Daily Star UK.

Mangsa, Viviane Rodrigues  menyangka mesin tersebut sudah berhenti berputar ketika memasukkan  tangannya ke dalam peralatan tersebut.

Dia dikejarkan ke hospital selepas mengalami kejutan elektrik tetapi malangnya disahkan meninggal dunia ketika tiba di unit kecemasan.

Selepas bedah siasat, mayatnya dibawa ke komuniti luar bandar Gameleira do Di di Campo Formoso, tempat keluarganya tinggal.

Mendiang dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun lalu dan meninggalkan seorang suami serta seorang anak lelaki berusia sembilan bulan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI