fbpx

UEFA gantung Declan Rice, David Moyes akibat celupar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (kiri) dan Moyes digantung perlawanan untuk aksi Eropah selepas mengkritik pengadil perlawanan ketika mereka tewas kepada Frankfurt pada aksi separuh akhir Liga Europa musim lalu. – AFP

LONDON – West Ham United di­timpa malang berganda selepas kapten, Declan Rice dan pengurusnya, David Moyes dijatuhkan hukuman oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Pemain tengah The Hammers itu dihukum gantung dua perlawanan selepas melabel pengadil, Jesus Gil Manzano sebagai seorang yang korup selepas tewas 0-1 kepada Eintracht Frankfurt pada separuh akhir Liga Europa musim lalu.

Bukan itu sahaja, Rice, 23, turut menghamburkan kritikan kepada pengadil Sepanyol tersebut dengan keras di luar bilik persalinan selepas tamat perlawanan di Deutsche Bank Park.

“Ref (pengadil), ref, ia (keputusan) sangat buruk. Sepanjang perlawanan, sangat buruk. Jujur, bagaimana anda boleh seburuk ini?. Anda mungkin telah dibayar,” kata Rice kepada Manzano ketika itu.

UEFA kini mengesahkan Rice dilarang beraksi dua perlawanan Eropah, manakala pengurusnya hanya boleh menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton selepas digantung satu perlawanan.

Ketika West Ham ketinggalan 1-3 secara agregat dengan permainan berbaki 13 minit lagi, Moyes bertindak keterlaluan apabila menendang semula bola yang diberikan oleh budak bola di tepi padang.

Tindakan itu mengakibatkan pengurus dari Scotland tersebut dilayangkan kad merah dan kini dijatuhkan hukuman penggantungan satu perlawanan oleh UEFA.

Ia menyaksikan Rice dan Mo­yes terlepas aksi awal West Ham di kancah Eropah musim depan memandangkan mereka layak ke Liga Konferensi Europa selepas menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI