fbpx

Nepal sedia pindah kem pangkalan Gunung Everest lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHEMAH-KHEMAH pendaki gunung dirakam di kem pangkalan Gunung Everest pada 3 Mei 2021. - AFP

KATHMANDU, Nepal – Kerajaan Nepal merancang memindahkan kem utama (base camp) di Everest lebih jauh ke bawah gunung tertinggi itu kerana pemanasan global dan aktiviti manusia menjadikan kem sedia ada semakin tidak stabil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pakar-pakar berkata, glasier Khumbu yang digelar ‘sungai ais’ sepanjang 16.09 kilometer di mana terletaknya base camp, mencair dengan cepat sekali gus menjadikan kawasan itu tidak selamat kepada pelawat.

Glasier yang semakin menipis itu antaranya disebabkan oleh bunyi tapak kaki, dapur minyak tanah dan air kencing. 

Pendaki dan kumpulan lain membuang sekitar 4,000 liter air kecil di base camp pada setiap hari.

Kem itu terletak pada ketinggian 5,364 meter tetapi tapak baharu itu akan dibina antara 200 meter hingga 400 meter lebih rendah.

Keputusan itu dibuat susulan cadangan jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan Nepal untuk memantau aktiviti pendakian di sekitar Everest yang mempunyai ketinggian 8,839 meter.

Penempatan semula kem itu dijangka dilakukan pada tahun 2024, demikian menurut pihak berkuasa Nepal.

“Kami sedang bersiap sedia untuk membina penempatan semula dan akan memulakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan tidak lama lagi,” kata Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Nepal, Taranath Adhikari kepada Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kebanyakan bahagian glasier Khumbu dilitupi serpihan berbatu tetapi terdapat juga kawasan ais terdedah yang mencair dan menjejaskan kestabilannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI