fbpx

Volodymyr Zelenskyy pakai baju-T rekaan remaja Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ava mereka baju-T yang dinamakan ‘Anak Perempuan Revolusi’. – The Straits Times

SINGAPURA – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy memakai sehelai baju-T yang direka oleh seorang remaja dari Singapura ketika berucap pada acara Dialog Shangri La yang dihoskan negara pulau berkenaan, lapor laman berita India Today.

Baju-T tersebut memaparkan imej seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang senapang semburan  cat  sambil berdiri di hadapan bendera Ukraine di atas tangga.

Menurut akhbar New York Post, baju-T tersebut direka oleh remaja perempuan berusia 16 tahun bernama Ava Soh.

“Kepada Presiden Zelenskyy, saya langsung tidak menyangka bahawa anda akan bersetuju untuk memakai baju-T rekaan saya ini.

“Anda membuatkan saya percaya bahawa kita boleh menjadi perubahan yang ingin kita lihat. Sama seperti apa yang saya cuba sampaikan dalam visual pada baju ini, kita semua mempunyai impian tinggi dan mahu menjadikannya kenyataan.

“Terima kasih kerana menjadikan impian ini satu kenyataan,” kata keterangan pada hantaran yang dimuat naik oleh Ava di laman Instagram.

Menurut maklumat pada laman web rasmi baju tersebut, lukisan kanak-kanak pada baju itu dinamakan ‘Anak Perempuan Revolusi’.

“Ia memaparkan seorang kanak-kanak perempuan Ukraine sedang melukis masa depan baharu kerana percaya kepada diri sendiri adalah senjata dalam menentang  penindasan. Mengapa kanak-kanak? Ini kerana separuh daripada penduduk dunia ialah wanita, dan separuh lagi adalah anak lelaki,” kata maklumat tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI