fbpx

Polis bongkar stor simpan rokok di Jalan Burma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA rampasan rokok yang disyaki tidak bercukai dengan anggaran nilai rampasan RM58,000 di sebuah kedai di Jalan Burma, George Town di sini semalam.

GEORGE TOWN – Polis merampas sejumlah 3,866 kotak rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM58,000 dalam satu serbuan di sebuah kedai di Jalan Burma di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan kira-kira pukul 4 petang itu telah menemui stor penyimpanan pelbagai jenis rokok tidak bercukai di premis terbabit.

“Dalam operasi tersebut polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun yang merupakan pemilik premis dan penjaga premis iaitu lelaki warga asing berusia 26 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau termasuk negatif daripada sebarang pengambilan dadah.

“Siasatan awal mendapati pemilik premis itu mendapatkan bekalan rokok daripada rangkaian sindiket dan menyimpan di stor tersebut sebelum menjual kepada pembeli.

“Kedua-dua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1 )(d) Akta Kastam 1967,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI