fbpx

1 daripada 4 individu bujang di Jepun enggan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG suami isteri dilihat berjalan berhampiran paparan pencahayaan biru di atas tanah di Wad Minato Tokyo pada 15 November 2007. - Mainichi/Yohei Koide

TOKYO – Satu kajian mendapati bahawa satu daripada empat individu bujang di Jepun yang berusia dalam lingkungan 30-an serta belum pernah berkahwin mengakui tidak mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Antara alasan yang dikemukakan termasuk bimbang akan kehilangan kebebasan hidup serta bebanan kerja rumah dan kewangan.

Hasil kajian mengenai perkahwinan dan pendapatan itu diperoleh menerusi kertas kerja kerajaan yang dijalankan mengenai kesaksamaan jantina.

Kajian tersebut menyatakan bahawa jumlah perkahwinan di Jepun pada 2021 menurun kepada sekitar 514,000, rekod terendah dalam tempoh selepas perang.

Tinjauan tersebut telah dijalankan pada Disember 2021 hingga Januari lalu dengan menerima maklum balas daripada 20,000 individu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an.

Kajian itu menunjukkan bahawa 54.6 peratus lelaki dan 62.6 peratus wanita berusia 30-an telah berkahwin, demikian menurut laporan tersebut.

Dalam kalangan individu bujang yang belum pernah berkahwin, 46.4 peratus wanita berusia 30-an berkata bahawa mereka berharap untuk berkahwin. 

Namun, seramai 26.5 peratus lelaki dan 25.4 peratus wanita pula mahu kekal bujang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI