fbpx

Tengku Permaisuri Selangor dimasyhurkan Pro-Canselor UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah menyampaikan watikah pemasyhuran Pro-Canselor UiTM kepada Tengku Permaisuri Norashikin pada istiadat konvokesyen-93 UiTM, hari ini. -Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu.

Pemasyhuran itu diperkenankan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada istiadat konvokesyen UiTM ke-93.

Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan Pro-Canselor bermula 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2024 mengikut Seksyen 19B (1) Akta UiTM 1976.

Turut berkenan menyaksikan pemasyhuran tersebut adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Al- Sultan Abdullah sebagai Canselor UiTM dalam titahnya pemasyhuran itu akan membuka lembaran baharu bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian tinggi awam yang unggul di negara ini.

“Amatlah bertepatan bagi Tengku Permaisuri Selangor dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor sebuah universiti mempunyai nilai warisan sejarah yang sarat ikatan pertalian dengan negeri Selangor,” titah baginda pada istiadat tersebut.

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda juga berkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 89 graduan dalam pelbagai bidang dan 14 orang penerima Anugerah Graduan Terbaik tahun 2022.

Istiadat konvokesyen UiTM ke-93 kali ini berlangsung secara bersemuka bermula 14 Jun hingga 6 Julai ini dengan menyaksikan seramai 27,287 keseluruhan graduan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI