fbpx

Mogok pemandu treler jejas rangkaian bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Pemandu-pemandu lori dan treler Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan yang masuk  hari kelapan hari ini kerana membantah kenaikan harga bahan api dalam tindakan yang menjejaskan lagi rangkaian bekalan global, manakala kerajaan memberi amaran bahawa mogok mereka menyebabkan kerugian lebih AS$1 bilion (RM4.42 bilion).

Tunjuk perasaan itu menjejaskan penghantaran dan pengeluaran dalam industri besi, petrokimia dan automobil serta menyebabkan kerugian AS$1.2 bilion (RM5.31 bilion), demikian menurut data Kementerian Perdagangan Korea Selatan.

Mogok itu adalah tamparan terbaharu kepada krisis rangkaian bekalan global akibat perintah berkurung Covid-19 berpanjangan di China dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Korea Selatan merupakan pengeksport cip memori terbesar dunia dan menempatkan syarikat gergasi elektronik, Samsung Electronics di samping pengeluar kereta utama termasuk Kia dan Hyundai Motors.

Pemandu-pemandu treler itu memulakan mogok pada minggu lalu sekali gus mengganggu bekalan di pelabuhan dan kilang Korea Selatan yang merupakan ekonomi keempat terbesar di Benua Asia.

Mereka membantah penamatan jaminan gaji minimum dan kenaikan kos di Korea Selatan.

“Kami hanya meminta supaya ketidaktentuan dalam hidup kami dibuang,” kata ahli Kesatuan Solidariti Pemandu Treler Kargo, Cho Jeong-jae.

Menurutnya, pemandu-pemandu lori dan treler kini terdesak berikutan peningkatan mendadak kos bahan api, manakala kadar inflasi di Korea Selatan pula berada  di paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun. 

Protes serupa berlaku di seluruh negara itu dengan setakat semalam, lebih 7,000 orang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di 14 lokasi, demikian menurut kementerian tanah. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI