fbpx

Segera bina lorong tambahan laluan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ berucap menyampaikan amanat sempena Amanat Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Johor akan menggesa kerajaan Persekutuan untuk meluluskan permohonan membina lorong tambahan dari laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara, pelebaran jalan Senai-Desaru Expressway dan lain-lain jalan utama di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Johor tidak boleh dikatakan maju sekiranya perkara asas seperti kemudahan jalan raya tidak dapat diselesaikan.

“Bagi memastikan pembaikan jalan dilaksana dengan cepat dan cekap, kerajaan negeri melantik syarikat konsesi bagi menyelenggara jalan negeri, jalan pihak berkuasa tempatan dan jalan kampung.

“Justeru itu, kerajaan negeri akan memperkasa lagi program ‘zero pothole’ sistem aduan kerosakan jalan dan respons terhadap setiap aduan,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Menteri Besar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu, pihaknya mengenal pasti enam teras untuk diketengahkan sebagai tunjang utama dalam memastikan visi menjadikan Johor sebuah negeri maju menjadi realiti.

“Teras itu adalah Tadbir Urus Kerajaan, Pembangunan Ekonomi, Jaringan Keselamatan Sosial, Kemudahan dan Keperluan Asas, Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar dan Orang Muda Johor.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI