fbpx

425km pantai negara diancam hakisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (dua dari kanan) melancarkan RPP-2 di Rhu Sepuluh, Setiu hari ini.

SETIU – Kajian Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara kedua (RPP-2) yang telah siap baru-baru ini mendapati lebih 425 kilometer kawasan pantai di negara ini terdepan dengan ancaman hakisan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebanyak 35 Unit Perancangan Zon Pantai (UPZP) dikenalpasti paling teruk terjejas yang dikategorkan berada tahap sangat tinggi bagi Indeks Kerapuhan Pantai Negara (NCVI).

“Ia meliputi 10 buah UPZP di Selangor, Kedah (enam) dan masing-masing empat di Perak dan Pahang.

“Di Terengganu ini pula, 48.7 kilometer pantai sedang menghadapi hakisan dengan 12.3 kilometer daripadanya berada pada tahap kritikal,” katanya ketika melancarkan RPP-2 di Laman Seri, Rhu Sepuluh di sini hari ini.

Reezal Merican berkata. kajian sama juga menjangkakan lebih 20,000 hektar kawasan negara ini berhadapan dengan kenaikan aras laut menjelang tahun 2030.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, buat pertama kalinya NCVI telah diperkenalkan dalam RPP-2 sebagai asas pengurusan pantai negara yang lebih mampan dan lestari.

Jelas beliau, NCVI juga akan memperkukuhkan lagi strategi kerajaan bagi meningkatkan daya tahan terhadap ancaman risiko bencana dan perubahan iklim di kawasan pesisiran pantai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI