fbpx

11 individu termasuk warga asing ditahan dalam Ops Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis pada perhimpunan bulanan polis Pahang di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis menahan 11 individu termasuk sembilan wanita warga asing dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di bandaraya ini dalam Ops Noda, kelmarin.

Daripada yang ditahan, dua adalah lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan terbabit manakala sembilan wanita warga asing berkenaan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) mereka berusia antara 21 hingga 39 tahun.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi dilakukan oleh Cawangan Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

“Dalam operasi itu sebanyak lima pusat hiburan di seluruh negeri ini membabitkan 153 individu telah diperiksa dan daripada jumlah itu dua pusat hiburan diambil tindakan dan 11 individu ditahan.

“Mereka ditahan kerana melakukan kesalahan beroperasi lebih masa dan bekerja tanpa permit,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Polis Pahang bagi Jun 2022 di IPK Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis akan terus melakukan pemeriksaan di pusat hiburan bagi memastikan pihak terbabit mematuhi peraturan serta tidak melanggar undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI