fbpx

Netflix beri lampu hijau Squid Game musim kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SQUID GAME adalah rancangan terbesar keluaran Netflix. - CNN

LOS GATOS, CALIFORNIA – Syarikat perkhidmatan penstriman video Netflix mengumumkan bahawa rancangan televisyen popular Korea Selatan, Squid Game bakal menemui peminat untuk musim kedua, lapor saluran berita CNN semalam.

“Gi-Hun kembali. Watak utama akan kembali. Musim kedua bakal tiba,” kata pengarah, penulis dan penerbit eksekutif, Hwang Dong-hyuk menerusi sepucuk surat kepada peminat.

Squid Game ialah drama fiksyen dari Korea Selatan berkisar tentang kumpulan peserta yang terdesak, perlu bermain permainan maut kanak-kanak untuk memenangi hadiah wang tunai.

Seong Gi-Hun memegang watak utama drama itu sebagai seorang kaki judi yang sudah bercerai dan menyertai pertandingan demi wang.

Dalam suratnya, Dong-hyuk turut menjelaskan mengenai kemunculan beberapa watak baharu dan perkembangan jalan cerita untuk musim kedua.

“Lelaki bersut dengan ddakji (permainan lipatan kertas) mungkin akan kembali,” katanya, merujuk kepada seorang jurujual misteri yang merekrut peserta dalam permainan itu.

Dalam suratnya, dia juga menyatakan bahawa penonton bakal diperkenalkan kepada watak Cheol-su iaitu ‘teman lelaki’ kepada patung animatronik terkenal, Young-hee.

Netflix memberitahu CNN pada Oktober tahun lalu bahawa Squid Game adalah siri terbesar pernah dilancarkan oleh syarikat itu. 

Ia muncul sebagai siri drama Korea Selatan pertama di platform itu yang meraih kedudukan No.1 di Amerika Syarikat (AS) dan menarik 1.65 bilion jam tontonan dalam tempoh 28 hari selepas ditayangkan.

“Selama 12 tahun diambil untuk pembikinan musim pertama Squid Game tahun lalu. 

“Namun, masa 12 hari sahaja diperlukan untuk drama ini menjadi siri paling popular,” kata Hwang dalam surat itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI