fbpx
Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Sesyen baru-baru ini.

Kelibat berdiri bukan hantu tapi Bella – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa kelibat yang dilihat berdiri berhampiran peti sejuk adalah remaja perempuan Sindrom Down Bella dan bukannya hantu.

Suhana Zam, 40, berkata demikian ketika disoal balas peguam Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihat pada tengah malam ketika dia di rumah Siti Bainun Ahd. Razali semasa membuat kerja di Kondominium di Wangsa Maju pada tahun lalu.

Semasa ditanya peguam itu, sama ada saksi tersebut tidak takut melihat tubuh berdiri di hadapan peti sejuk tidak bergerak-gerak di rumah kondo tersebut pada waktu tengah malam, saksi itu menjawab tidak takut.

Peguam: Kalau puan tak rasa macam itu (tidak takut) memang dalam pengetahuan puan itu memang Bella. Bukan hantu. Setuju?

Saksi: Setuju.

Dalam pada itu saksi tidak pasti sama ada penghuni-penghuni di rumah Siti Bainun suka bermain “sembunyi- sembunyi”.

Sementara itu saksi itu turut mengatakan dia pernah mendengar Siti Bainun pernah menjerit dengan nada marah menyoal siapa yang memberi air kepada Bella.

“Kak Haiza yang memberi air kepada Bella dan Kak Haiza bertanya apa masalahnya, Siti Bainun kemudian berkata ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing merata” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izalizam Sanusi bersambung lagi Khamis ini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR