fbpx

Gangguan bekalan air di 47 kawasan pada 21, 22 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Sebanyak 47 kawasan di wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 21 dan 22 Jun depan.

Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan kawasan terjejas itu melibatkan sekitar Puchong, Bukit Jalil dan Glenmarie, di sini.

“Gangguan bekalan air berjadual itu bermula pukul 9 pagi 21 Jun dan dijangka pulih sepenuhnya pukul 9 pagi keesokkannya.

“Bekalan dijangka mula disalurkan bermula 9 malam secara berperingkat selepas kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan kerja berkenaan sudah diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas terutama premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI