fbpx

Tiada laporan jemaah haji Malaysia dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan wang sagu hati kepada bakal haji dari Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Tiada jemaah haji dari Malaysia yang dilaporkan dijangkiti Covid-19 ketika menunaikan haji di Tanah Suci bermula awal bulan ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jemaah haji ketika ini juga tidak menghadapi sebarang masalah di Mekah.

“Alhamdulillah, tiada laporan jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah itu dijangkiti Covid-19 setakat ini dan semuanya sihat.

“Kita juga berharap semua jemaah yang berada di Tanah Suci termasuk mereka yang bakal berlepas selepas ini dipermudahkan segala urusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah-Tetamu Dhuyufurrahman Parlimen Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Marzuk menyampaikan wang sagu hati kepada bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, beliau berharap semua jemaah haji Malaysia sentiasa menjaga prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI