fbpx

Reman pemandu mabuk langgar pasangan OKU disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tempoh reman pemandu Myvi yang merempuh pasangan suami isteri OKU sehingga menyebabkan mereka terbunuh disambung sehingga Isnin ini.

MELAKA – Tempoh reman ke atas pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) maut disambung tiga hari lagi.

Perintah reman sehingga 13 Jun itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Ahmad Shakib Ismail bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, suspek berusia 24 tahun direman empat hari bermula 7 Jun lalu dan berakhir hari ini.

Berita berkaitan: Ajal suami isteri OKU, enam anak jadi yatim piatu

Berita berkaitan: Pemandu mabuk rempuh pasangan suami isteri direman empat hari

Pekerja kilang itu ditahan pada 6 Jun lalu di Hospital Jasin selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, yang menunggang Yamaha Ego Solaris terbunuh dalam nahas di Jalan Serkam Pantai, Merlimau.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum tiba-tiba Myvi dipandu suspek dari arah Merlimau terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggangi mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI