fbpx

Lagi pengantin ditipu, pesan 700 dapat 50 makanan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dimuat naik pengantin baharu itu selepas makanan dipesan tidak diterima dalam jumlah mencukupi.

PETALING JAYA- Kes pengantin baharu ditipu pihak penyedia katering terus dibongkarkan lagi selepas satu video memaparkan majlis pasangan mempelai bertukar sedih tular di laman media sosial sejak semalam.

Menerusi video berdurasi 32 saat dimuat naik di laman TikTok Nurul Norafiza, wanita itu mendedahkan dirinya seakan ditipu pihak katering apabila hanya menerima makanan untuk 50 orang  daripada jumlah pesanan mereka sebanyak 700.

“Hari kebahagian bertukar kesedihan, tragedi paling sedih untuk saya dan keluarga pada 4 Jun 2022. Tidak sangka boleh jadi begini, apabila jadi depan mata, menangis tidak berhenti.

“Pesan 700 makanan, sampai kurang daripada 50, sayu hati, majlis saya hancur disebabkan pemilik katering tidak bertanggungjawab. Semoga Allah membalas di sana,” tulisnya ringkas.

Difahamkan, pemilik katering itu turut terlibat dengan beberapa penipuan majlis perkahwinan selain telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sementara, orang ramai terus melahirkan perasaan simpati serta mendoakan agar pasangan itu terus tabah dengan ujian dihadapi ketika majlis istimewa mereka.

“Ya Allah, kesihannya, moga awak tabah. Saya pun sedih tengok awak menangis, sabar ya,” kata Wawazura3.

“Tabah ya kakak, semoga ada balasan buat mereka. Moga Allah kurniakan kebahagiaan di tempat lain,” doa Nayli Johar.

” Moga si pelaku dapat balasan, rosakkan kebahagian orang, sabar ya kakak,” jelas Kal Merican. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI