fbpx

Durian runtuh buat atlet Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad SAMSURI (barisan ketiga, empat dari kanan) dan Wan Sukairi (barisan ketiga, tiga dari kanan) bersama sebahagian 27 atlet Terengganu pada majlis penyerahan Insentif Shake Sukan Sea di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam. – PUTQRA HAIRRY ROSLI

SERAMAI 27 atlet Terengganu menerima Insentif Skim Hadiah Kemenangan (Shake) berjumlah RM86,000 atas kejayaan ma­sing-masing meraih pingat buat kontinjen Malaysia pada Sukan Sea Vietnam 2021 di Hanoi bulan lepas.

Atlet berbasikal lebuh raya, Nur Aisyah Mohamad Zubir muncul penerima insentif terbanyak iaitu RM8,000 selepas meraih dua pingat perak menerusi acara lebuh raya individu dan berpasukan serta satu gangsa dalam acara kriterium individu.

Selain itu, 30 lagi atlet, jurulatih dan pegawai kelahiran Terengganu dalam pelbagai acara sukan turut diberikan Insentif Skim Wakili Negara (Swara) berjumlah RM57,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian atlet Terengganu pada Sukan SEA kali ini melebihi daripada sasaran ditetapkan pihaknya.

“Acara seperti berbasikal le­buh raya khususnya menjadi antara penyumbang terbesar pingat kontinjen Malaysia selain muaythai juga tidak dijangka mampu meraih pingat emas.

“Secara keseluruhan, RM143,000 diperuntukkan kepada 57 atlet, jurulatih serta pegawai yang menyertai Sukan SEA di Vietnam,” katanya ditemui pada majlis penyerahan Insentif Shake Sukan Sea yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Turut diumumkan pada majlis berkenaan adalah pemasyhuran ketua kontinjen Terengganu ke Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Kuala Lumpur pada 16 sehingga 24 September ini.

Wan Sukairi berkata, Ketua Kontinjen Terengganu akan digalas Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI