fbpx

Bekas diplomat, anak dituduh tanam 102 pokok ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINAL ABIDIN ALIAS (tiga dari kanan) dan Mohamed Rizal Zainal Abidin (dua dari kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Raub selepas dituduh menanam pokok ganja di di Raub hari ini.

RAUB – Bekas diplomat Malaysia dan anaknya yang diberkas polis selepas disyaki memiliki ladang ganja didakwa di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini atas tuduhan menanam sejumlah 102 pokok ganja.

Tertuduh, Zainal Abidin Alias, 78, dan anaknya Mohamed Rizal Zainal Abidin, 53, didakwa di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang enam kali.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa menanam 102 pokok ganja di Lot 5718 Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik di Bentong pada pukul 6.10 petang 21 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohammad Khalid Ab. Karim bersama Tuan Hayda Faridzal Abu Hasan dan S. Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan mahkamah menetapkan kes disebut semula 22 Julai depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI