fbpx

Agong terima kunjungan Menteri Luar Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Menteri Luar Arab Saudi di Istana Negara hari ini

KULA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap dan kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud di Istana Negara hari ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, sesi menghadap yang berlangsung selama 30 minit itu menyentuh berkenaan hubungan dua hala serta persahabatan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sejak 1957 serta usaha-usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Turut berangkat ke sesi menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Majlis menghadap ini adalah antara agenda lawatan rasmi sulung Yang Mulia Putera Faisal ke Malaysia selama dua hari.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan terhadap hubungan akar umbi Malaysia dan Arab Saudi yang terjalin secara istimewa di dalam pelbagai aspek termasuk sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan dalam memerangi penularan Covid-19 serta pemulihan pasca pandemik,” kata Istana Negara.

Menurut Istana Negara, kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan langkah meningkat dan memperkembangkan kerjasama serrs pelaburan dalam pelbagai bidang.

Selain itu, kata Istana Negara, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan berkenaan isu serantau dan antarabangsa berkepentingan kepada kedua-dua negara.

Tambah Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota pasca pandemik Covid-19 untuk jemaah haji Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sukacita Arab Saudi merupakan antara negara pasaran terbesar eksport minyak kelapa sawit bagi Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Putera Faisal atas jemputan kepada Baginda untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi,” kata Istana Negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI