fbpx

Adegan dedah aurat lelaki, wanita tetap haram – PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Syed menegur tindakan pengarah Shuhaimi Lua yang mendedahkan aurat pelakon drama arahannya, Fadlan Hazim sehingga tular dalam media sosial.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, PU Syed menegur tindakan pengarah drama sensasi, Shuhaimi Lua yang mendedahkan aurat salah seorang pelakon drama arahannya iaitu Fadlan Hazim.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak, 40, menegaskan bahawa perbuatan mendedahkan aurat adalah haram walaupun dengan alasan mengikut tuntutan skrip atau jalan cerita drama.

“Adegan mendedahkan aurat tak kira datangnya daripada pelakon wanita atau lelaki tetap haram walau apapun wardrobe (almari pakaian) itu sekalipun.

“Jika pengarah dan pelakon peka hukum hakam agama, takkan muncul babak-babak yang memerlukan mereka mendedahkan aurat,” katanya menerusi satu entri dalam Instagram.

Kata Syed lagi, dia menyarankan agar Shuhaimi sebagai pengarah melahirkan cerita yang lebih mendorong audiens ke arah kebaikan.

“Islam telah menetapkan batas-batas yang boleh dan tidak boleh sama ada umatnya setuju atau tidak. Itu adalah bukti pengabdian diri kita kepada Allah.

“Jika kita juga sama gayanya dengan orang yang bukan Islam, apalah lagi ada pada jati diri orang Islam kita.

“Buat tuan pengarah, cubalah arahkan cerita yang jalan ceritanya lebih mendidik penonton mendekatkan diri kepada Allah. Adakah anda sanggup menanggung dosa-dosa jariah ini,” katanya.

Terdahulu, Shuhaimi memaklumkan bahawa setiap babak yang dijayakannya dalam drama sebagai pengarah adalah bersebab dan mestilah bersesuaian dengan wardrobe.

“Contoh babak mandi sungai atau kolam mestilah bersesuaian dengan wardrobe. Tak timbul saya ambil kesempatan terhadap pelakon lelaki saya baik Noki mahupun Fadlan,” katanya.

Baru-baru ini, Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar mendedahkan tubuh kekarnya dalam drama Chinta Arjuna mendapat kecaman dan perhatian netizen termasuklah PU Syed sendiri yang terkenal dengan kelantangannya mengkritik isu semasa terutama berkaitan dunia seni tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI