fbpx

Mayat dalam Alphard: 10 individu dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua sekawan ditemui mati dalam Toyota Alphard yang diparkir bawah tanah di sebuah bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada 1 Jun lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes dua mayat yang juga dua sekawan ditemui di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir sebuah kondominium di Cheras, pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, individu yang dipanggil adalah dalam kalangan keluarga dan rakan.

“Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur jenayah, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis sehingga kini masih menunggu laporan bedah siasat berkaitan punca kematian dua individu terbabit.

Muhammad Idzam ketika sidang akhbar di IPD Cheras di sini hari ini.

“Bedah siasat telah dilaksanakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), pakar perubatan telah menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk analisa selanjutnya,” jelasnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan misteri kehilangan dua sekawan sejak 25 Mei lalu terjawab apabila kedua-duanya ditemui mati dalam sebuah MPV jenis Toyota Alphard di parkir bawah tanah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 1 Jun lalu.

Polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mayat dalam Toyota Alphard pada pukul 8.26 malam.

Hasil siasatan di lokasi, polis menemui mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan dan mayat seorang lelaki tempatan di tempat duduk belakang.

Kereta itu dipercayai dipandu oleh salah seorang remaja terbabit. Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir pula memaparkan MPV itu masuk ke lokasi, namun tiada pergerakan keluar masuk melibatkan kedua-dua si mati.

Sebelum ini, polis menerima laporan kehilangan kedua-dua remaja itu yang dibuat oleh ibu bapa masing-masing di Kuala Selangor, Selangor pada 25 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI