MENEROKA tempat-tempat berhantu dan mistik sudah menjadi hobi pemuda itu sejak zaman belajar di universiti lagi. Aktiviti itu dilakukan bersama rakan-rakannya dengan menamakan diri mereka sebagai ‘Pemburu Hantu’. Berkongsi pengalaman itu, Rizman (bukan nama sebenar) memberitahu, dia mula melakukan aktiviti tersebut selepas diajak oleh seorang abang senior di universiti. “Saya mula minat dengan benda mistik selepas menonton satu rancangan televisyen yang dikenali sebagai Seekers. “Namun semasa di universiti sekitar tahun 2009 ke 2010, apabila diajak untuk menyertai Pemburu Hantu, saya……














