fbpx

Lembu kena tangkap, berdepan hukuman penjara kerana bunuh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serangan lembu tersebut telah mengakibatkan mangsa mati serta merta. – Getty Images

JUBA, SUDAN SELATAN – Pihak berkuasa Sudan Selatan mengesahkan bahawa polis negara berkenaan menangkap seekor lembu kerana membunuh seorang budak lelaki berusia 12 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Polis menahan lembu jantan itu bersama pemiliknya selepas haiwan itu dituduh menyerang mangsa di sebuah ladang di negeri Lakes.

Laporan menyatakan bahawa serangan lembu tersebut mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis Sudan Selatan, Mejar Elijah Mabor berkata, ‘suspek’ kini dalam tahanan polis.

“Lembu itu ditahan di balai polis Daerah Pusat Rumbek. 

“Bedah siasat dilakukan sebelum mayat  mangsa dihantar ke rumah keluarganya untuk tujuan pengebumian,” ujarnya.

Kejadian itu bukan kes pertama melibatkan penahanan haiwan di Sudan Selatan. Bulan lalu, seekor kambing jantan ditangkap atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun dalam satu serangan ganas.

Pada minggu lalu, kambing tersebut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan kerja berat selepas didapati bersalah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI