fbpx

Lelaki bunuh enam orang, rakam swafoto pakai cermin mata mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAVIS Birkley, 34 dan sepupunya membunuh enam orang dalam rompakan di dalam sebuah rumah Milwaukee. – WSOC-TV

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) didakwa berhubung kematian enam individu yang mayat mereka ditemui pada Januari lalu, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Polis menemui swafoto yang dirakam tertuduh, Travis Lamar Birkley, 34, di ruang bawah tanah kediamannya di mana mayat mangsa ditemui.

Birkley kemudian didakwa atas enam pertuduhan membunuh. Keenam-enam mangsa itu ditemui dengan kesan tembakan pada 23 Januari lalu di sebuah rumah di Milwaukee, negeri Wisconsin.

Polis mengaitkan Birkley dalam kes berkenaan berdasarkan data telefon bimbitnya termasuk gambar swafoto berkenaan.

Tiga daripada mayat itu ditemui di ruang bawah tanah kediaman berkenaan dan polis percaya bahawa mereka dibunuh tiga hari sebelum ditemui.

Gambar swafoto itu memaparkan Birkley memakai cermin mata mahal milik salah seorang mangsanya, demikian menurut saluran televisyen WDJT-TV.

Tertuduh mengaku bahawa dia dan sepupu lelakinya bersubahat membunuh enam orang semasa satu rompakan dadah yang gagal, tambah WDJT-TV.

Kelongsong-kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian dilaporkan daripada dua pistol berbeza.

Identiti suspek kedua masih belum didedahkan dan tiada tangkapan lain dibuat setakat ini. Ikat jamin untuk Birkley ditetapkan sekitar AS$1 juta (RM4.4 juta). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI