fbpx
ANGGOTA Maritim Pulau Pinang ketika melakukan operasi pencarian mangsa yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang di sini pagi semalam.

Ops SAR pemuda terjun Jambatan P. Pinang disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemuda berusia 25 yang bertindak terjun dari Kilometer (KM) 7.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dekat sini semalam disambung semula pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, operasi yang masuk hari kedua itu dijalankan bermula pukul 7.30 pagi tadi dengan menggunakan lima buah aset dari agensi terbabit.

“Lokasi pencarian dibahagikan kepada empat sektor dengan keluasan 23.1 batu nautika persegi. Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan pasukan polis Marin.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang lagi anak muda yang juga individu ke-17 tahun ini dan kedua bagi bulan Jun dilaporkan terjun dari jambatan pertama kira-kira pukul 8.20 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dipercayai datang dari Kuala Lumpur telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR berwarna merah di atas jambatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN