fbpx

Undang-Undang Alam Sekitar perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) dan Tengku Zafrul (kanan) meninjau tumbuhan hijau terdapat di Taman Tugu Negara sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

KUALA LUMPUR- Pelaksaaan Undang-Undang Alam Sekitar akan diumumkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selepas semua maklumat berkaitan perundangan baharu itu dimuktamadkan kementerian tersebut kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, pihaknya juga percaya undang-undang itu sedang dirangka KASA memandangkan perkara berkenaan telah lama dibicarakan sebelum ini.

“KASA akan tentukan bila dan kita percaya ia telah dirangka sebab sudah lama bercakap hal ini. Bagaimanapun, saya belum ada maklumat terperinci.

“Insya-Allah, saya dapatkan maklumat itu Rabu ini dalam sesi Kabinet dan akan menekankan bahawa ia perlu disegerakan sebab kita tahu banyak pencerobohan alam sekitar,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu Negara tadi.

Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mahu konsep ‘empowering the community’ diperluaskan bagi
merealisasi agenda hijau negara.

“Justeru itu, saya mahu agensi kerajaan berkaitan turut membantu terutamanya memudahkan urusan serta memberi bantuan yang diperlukan dalam penjagaan alam sekitar.

“Saya juga mahu semua syarikat pelaburan di bawah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menyelaras pelan tindakan dan sasaran kelestarian mereka diikuti dengan pemantauan dan laporan lebih terangkum,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI