fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Perak dan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda sekitar negeri Perak dan Selangor ketika ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

Selain itu, bagi negeri Selangor pula, hujan lebat serta ribut petir tertumpu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Jelas MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI