fbpx

Jebat Jayden vs kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI lucu Jebat Jayden mengelap mulut kucing yang comot.

GELI hati sungguh melihat keletah comel dan bijak anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden.

Kalau sebelum ini, dia mencuit hati ramai kerana kepetahannya bercakap, kali ini lain pula yang dibuat Jebat.

Dalam sebuah video dimuat naik neneknya iaitu Noor Kartini dalam TikTok, dia berkongsi video Jebat sedang mengelap mulut kucing peliharaan mereka.

Kata Jebat, dia mengelap mulut kucing tersebut kerana terlalu comot selepas diberi makanan dalam bungkusan sachet.

“Lap mulut kucing ke tu?” soal Noor Kartini.

“Lap mulut. Comot sangat,” jawab Jebat selamba disambut tawa Noor Kartini yang geli hati melihat ‘akal panjang’ cucunya.

Pengguna TikTok yang melihat video tersebut juga berasa geli hati melihat kelakuan Jebat.

“Kucing pun ghisau (risau),” komen seorang netizen.

“Tak pernah dibuat orang lap mulut kucing Jebat Jayden sayang oi,” tulis pula seorang netizen lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI