fbpx

Masjid terbakar ketika imam baca doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosman menunjukkan bilik bilal Masjid Mahmudi, Pantai Irama dekat Bachok yang terbakar semalam. GAMBAR ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Imam dan jemaah di Masjid Mahmudi, Jalan Pantai Irama di sini bertempiaran lari apabila sebuah bilik bilal terbakar selepas solat isyak pada malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.10 malam semasa imam membacakan doa kedua selepas menunaikan solat di masjid berkenaan.

Imam Tua Masjid Mahmudi, Mohd. Rosman Che Harun, 46, kejadian disedari imam muda, Mohd.Faiz Zainuddin yang membaca doa selepas solat isyak sebelum pembesar suara tiba-tiba tidak berfungsi.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada semua jemaah sebelum berlaku satu letupan dan kepulan asap keluar dari sebuah bilik bilal di bahagian belakang masjid itu.

“Kebakaran merebak ke bahagian bilik mesyuarat, bilik tamu dan bilik rehat imam. Jemaah yang ada di masjid terus menghubungi talian kecemasan.

“Kami bersyukur kerana bomba sampai cepat sekali gus dapat mengelakkan api merebak ke seluruh masjid,” katanya ketika ditemui Kosmo! di masjid itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.11 malam sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke bahagian lain masjid yang dianggarkan bernilai lebih sejuta.

Kebakaran itu menyebabkan 70 peratus bilik bilal hangus dan operasi tamat kira-kira dua jam kemudian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI