fbpx

Shima Anuar balas kritikan biarkan anak cakap bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMA ANUAR mempertahankan tindakannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bersama anak-anak.

PETALING JAYA – Pelakon Shima Anuar percaya pendekatan menguasai lebih daripada satu bahasa penting dan sangat berguna untuk anak-anak zaman sekarang.

Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 31, berkata, atas kesedaran itulah, dia menerapkan penggunaan dwi bahasa, Inggeris dan Melayu ke dalam diri anak-anaknya.

“Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka apabila besar nanti.

“Kalau saya boleh bercakap dalam bahasa Mandarin dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa tersebut,” katanya menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan dalam InstaStory miliknya.

Jelas pelakon drama rantaian, Suamiku Lelaki Pendosa itu lagi, sungguhpun anak-anaknya fasih berbahasa Inggeris, itu tidak bermakna mereka melupakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu.

“Alhamdulillah, anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan bahasa Inggeris semata-mata.

“Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu sahaja,” coretnya.

Terdahulu, seorang netizen yang didedahkan menerusi Instastroynya mempersoalkan tindakan Shima menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan anaknya, Marian Sophia, 3.

“Kenapa ibu bapa sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak mereka. Kenapa tak cakap bahasa Melayu atau bahasa Malaysia,” soal netizen itu.

Sekadar info, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang zuriat iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI