fbpx

MBSJ tangguh tempat letak kereta zon 2 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menangguhkan pelaksanaan tempat letak kereta zon dua jam di kawasan komersial pentadbiran MBSJ yang dijadualkan bermula pada 1 Jun 2022.

MBSJ dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan itu ditanggungkan memandangkan pindaan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Subang Jaya) (Pindaan) 2022 masih belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan belum diwartakan.

“Ia melibatkan tempat letak kereta zon dua jam di empat lokasi jalan utama iaitu Zon Subang Jaya di Jalan USJ 10 dan Jalan SS15 manakala Zon Puchong di Jalan Bandar Puteri dan Jalan Kenari.

“Dijangkakan, jika tempat letak kereta zon dua jam ini dapat direalisasikan dalam waktu yang terdekat ia akan mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan hotzone serta masalah double parking,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, pihak Majlis juga telah menyediakan 1,922 petak tempat letak kereta daripada 10,027 petak tempat letak kereta disemua kawasan komersial yang dimohon untuk diwartakan.

“Pihak MBSJ juga telah melaksanakan semua urusan penyediaan infrasruktur seperti mengecat petak, pemasangan papan tanda dan penyelarasan aplikasi tempat letak kereta pintar (smart parking),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI