fbpx

Jepun wajibkan cip pengenalan untuk kucing, anjing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG doktor haiwan sedang menanam mikrocip pada seekor anak kucing di Wad Ota, Tokyo pada Januari lalu. - Yomiuri Shimbun

TOKYO – Undang-undang di Jepun yang berkuatkuasa semalam menetapkan bahawa peniaga haiwan perlu menanam mikrocip elektronik pada anjing dan kucing supaya pemilik dapat menemuinya jika ia sesat, lapor laman berita News On Japan.

Badan perundangan negara itu, Diet Jepun meluluskan undang-undang yang disemak semula mengenai kebajikan dan pengurusan haiwan pada 2019.

Kerajaan tempatan merekodkan kira-kira 72,000 anjing dan kucing yang terbiar atau hilang pada setiap tahun.

Undang-undang itu mewajibkan kedai haiwan peliharaan, penternak dan penjual untuk menanam cip silinder berukuran panjang satu sentimeter dengan diameter dua milimeter. Ia turut mengandungi nombor pengenalan 15 digit.

Nama penjual dan nama haiwan, jantina, baka dan warna bulu perlu didaftarkan pada pangkalan data kerajaan.

Butiran pemiliknya seperti nama, alamat dan nombor telefon juga perlu didaftarkan dalam tempoh 30 hari selepas pembelian.

Orang yang sudah mempunyai kucing atau anjing, mereka yang akan memilikinya dan kumpulan perlindungan haiwan digesa untuk menanam cip pada haiwan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI