fbpx

Amaran ribut petir di Langkawi, Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan enam buah negeri pagi ini termasuk Langkawi dan Cameron Highlands.

MetMalaysia menerusi satu hantaran Facebook berkata, enam negeri terbabit yang menerima amaran ribut petir antaranya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis dan Kedah di mana melibatkan kawasan seperti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.

“Selain itu, di Pulau Pinang turut menerima amaran sama selain beberapa kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron dan Lipis,” katanya tadi.

Jelasnya, kawasan Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru merupakan lokasi terlibat di Johor.

“Di Sarawak ia meliputi kawasan Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” ujarnya.

Amaran terbabit dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI