fbpx

Wanita campak 6 anak dalam perigi selepas bertengkar dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK tempatan dirakam cuba menarik enam kanak-kanak yang mati lemas di dalam perigi. - NDTV

NEW DELHI – Polis di India telah menemui enam kanak-kanak mati lemas di dalam perigi selepas dicampak oleh ibu mereka ketika bertengkar dengan suaminya, lapor akhbar The Sun, semalam.

Gambar kejadian menunjukkan penduduk tempatan berusaha menarik mangsa keluar dari air.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Raigad, negeri Maharashtra apabila keenam-enam kanak-kanak tersebut ditemui sudah meninggal dunia sebelum penduduk tempatan sempat menarik mereka keluar.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Runa Chikhuri Sahni, 30, didakwa telah mencampak mereka sebelum cuba melompat ke dalam perigi, lapor stesen televisyen NDTV.

Bagaimanapun, dia telah diselamatkan tepat pada masanya. 

Lima kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berusia antara 18 bulan hingga 10 tahun sudah meninggal dunia ketika ditemui, kata polis.

Suspek kemudian ditahan atas tuduhan membunuh, kata pegawai kanan polis, Ashok Dudhe. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI