fbpx

Harga makanan di Britain meningkat ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISI rumah di Britain sedang bergelut untuk menjimatkan wang terhadap pembelanjaan makanan. - SWNS

LONDON – Rakyat Britain berdepan peningkatan ketara harga beberapa jenis makanan ketika golongan miskin menanggung kos sara hidup tinggi akibat kenaikan harga tenaga dan petrol, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Harga pasta di Britain dilaporkan meningkat 50 peratus antara April 2021 hingga 2022, demikian menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

Satu paket pasta berat 500 gram kini berharga sekitar £0.53 (RM2.92) dan bukan lagi £0.36 (RM1.9) seperti setahun lalu.

ONS memantau harga 30 makanan murah yang dijual di pasar raya seperti Asda, the Co-op, Iceland Morrisons, Sainsbury’s, Tesco dan Waitrose.

Menurutnya, harga sebuku roti 800 gram naik 16 peratus daripada £0.47 (RM2.5) kepada £0.54 (RM2.9). 

Satu pek daging lembu cincang berat 500 gram ketika ini berharga £2.34 (RM12.9), mening­kat 16 peratus berbanding £2.02 (RM11.16) setahun lalu. Harga satu kilogram beras (kg) naik 15 peratus daripada £0.80 (RM4.42) kepada £0.92 (RM5.08).

Secara keseluruhan, harga 30 jenis makanan dan minuman murah meningkat sekurang-kurangnya enam peratus dalam tempoh setahun, kata ONS.

Kos bahan makanan tradisio­nal yang murah tidak banyak berubah seperti kopi segera, susu, gula dan pisang yang hanya meningkat satu peratus.

Walaupun harga makanan meningkat secara keseluruhan, beberapa barangan terpilih mencatatkan penurunan. 

Penurunan harga terbesar adalah untuk seguni kentang  berat 2.5kg yang turun 14 peratus daripada £0.87 (RM4.80) kepada £0.75 (RM4.14).

Satu blok keju 225 gram pula berharga £0.95 (RM5.25) di kebanyakan pasar setahun lalu tetapi kini susut tujuh peratus kepada £0.88 (RM4.86).

Sosej pula berharga £0.87 (RM4.80) untuk satu pek 454 gram pada 2021 tetapi menurun tiga peratus iaitu sebanyak £0.03 (RM0.17) tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI