fbpx

Hujan lebat di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda sekitar negeri Perlis dan Kedah sehingga pukul 4 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk tersebut dilaporkan melanda keseluruhan negeri Perlis ketika ini.

Selain itu, di Kedah, ia melibatkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik bagi tempoh yang sama.

Bagaimanapun, tiada hujan dicerap di negeri-negeri lain Semenanjung temasuklah di Sarawak, Sabah dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI