fbpx

54 setinggan sumbang masalah kebersihan dan pencemaran di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noorazam Osman (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB di Menara MBJB, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Terdapat sejumlah 54 penempatan setinggan dikenal pasti di sekitar bandar raya ini yang menyumbang kepada pelbagai isu kebersihan alam sekitar termasuk pencemaran sungai.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, antara penempatan itu termasuk Kampung Melayu Pandan, Kangkar Tebrau, Plentong, Skudai Kiri, Kampung Sri Purnama dan Kampung Bakar Batu.

“Penempatan setinggan yang mana kebanyakannya turut dihuni warga asing turut menyumbang kepada pencemaran di kawasan sekitar termasuklah di Sungai Tebrau di sini.

“Sepanjang Ramadan lalu kita mengutip empat tan sampah dari sungai berkenaan setiap hari dengan pelbagai barangan ditemui termasuk tilam dan peti sejuk,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Noorazam berkata, pihaknya telah membawa isu penempatan setinggan berkenaan kepada pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

“Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri perlu bekerjasama menyelesaikan isu penempatan setinggan dalam usaha memastikan hasrat mencapai ‘Greater Johor Bahru’ dapat dicapai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Noorazam turut memberitahu pihaknya akan menambah bilangan tong sampah khususnya di kawasan tumpuan orang ramai.

“Ini termasuklah di Tambak Johor yang mana menyaksikan beribu orang kembali merentas sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura dimana kita dapat melihat pertambahan bilangan sampah sarap di kawasan sekitar,” KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI