fbpx

‘Pusing’ Melaka kumpul diesel, akhirnya kempunan RM21,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norena menunjukkan tangki minyak yang telah diubah suai suspek untuk mengisi bekalan diesel.

MELAKA – Taktik sekumpulan individu mengumpul 10,000 liter minyak diesel yang dibeli di stesen minyak sekitar negeri ini untuk dijual semula secara haram tidak berhasil apabila kesemua bekalan dirampas dalam satu serbuan, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, dua suspek lelaki bagaimanapun berjaya melarikan diri dari premis yang dijadikan stor di Kawasan Perindustrian Krubong, di sini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, serbuan itu merupakan hasil risikan yang dilakukan penguat kuasa selama seminggu membabitkan pemantau premis dan kenderaan digunakan.

“Kita syaki individu terbabit telah mengumpul bekalan minyak diesel dengan cara membuat isian antara RM300 sehingga RM500 di stesen minyak sekitar negeri ini menggunakan lori tiga tan yang telah diubah suai.

“Satu serbuan telah dilakukan di premis disyaki stor penyimpanan dan menjumpai bekalan minyak diesel sebanyak 10,000 liter disimpan di dalam tangki tambahan lori serta sebuah tangki minyak dengan kapasiti 20,000 liter,” katanya pada sidang akhbar berhubung rampasan minyak diesel di Kawasan Perindustrian Krubong, dekat sini hari ini.

Jelasnya, ketika serbuan dilakukan kedua-dua suspek lelaki yang sebelum itu dilihat melakukan kerja memindahkan bekalan minyak dari lori bertindak memanjat tembok belakang premis sebelum meloloskan diri di dalam kawasan semak.

Norena berkata, susulan itu pihaknya telah menyita bekalan minyak diesel bernilai RM21,500 dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk 18 buah tangki tambahan dengan nilai keseluruhan rampasan RM135,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI