fbpx
Ariffin (kanan) menunjukkan sebahagian telur yang diperiksa ketika membuat pemeriksaan di ST Rosyam Mart, Setiawangsa hari ini.

Tiada kes telur tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan wujudnya penjualan telur tiruan seperti yang didakwa seorang pengguna baru-baru ini.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya telah menyerbu kedai yang dimaksudkan dan menghantar sampel telur ke Jabatan Kimia sebaik menerima laporan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati telur itu mengandungi  asid deoksiribonukleik (DNA) ayam dan disahkan tulen.

“Sebaik menerima laporan pada April lalu, kita telah menghubungi cawangan Petaling Jaya untuk membuat pemeriksaan ke atas premis dan pembekal yang dilaporkan.

“Pemeriksaan di Jabatan Kimia mendapati kesemua telur itu tulen kerana mengandungi DNA ayam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, Ariffin membuat tinjauan bekalan ayam dan telur di ST Rosyam Mart di sini.

Sebelum ini, seorang pengguna membuat aduan mendakwa terbeli telur tiruan di sebuah kedai kek dan roti di Petaling Jaya ekoran teksturnya yang liat.

Menurut Ariffin, dengan laporan itu, pihaknya berharap orang ramai tidak lagi panik.- KOSMO! ONLINE.

POPULAR