fbpx

Pemotong ikan dijel 4 bulan, mengaku salah tampar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Saifullah (dua dari kanan) mengaku bersalah atas pertuduhan menampar ibunya di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pemotong ikan dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menampar pipi kanan ibunya pada 14 April lalu.

Tertuduh, Muhamad Saifullah Jusoh, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa cuba mencederakan ibunya, Khalthum Zakaria, 67, dengan cuba menampar di bahagian pipi warga emas itu.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Telok Panji di sini kira-kira pukul 11.18 pagi pada 14 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nor Nadhirah Ismail. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI