fbpx
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Bahana ‘sentuh’ anak kekasih dalam kereta, lelaki dipenjara 6 tahun dan sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perbuatan terkutuk seorang penganggur melakukan amang seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya berbalas selepas dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Ilyas Mohd. Mokhtar, 48, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Tertuduh didapati melakukan perbuatan itu ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari Batu 4 1/2, Kampung Bertam Malim ke Ayer Molek pada pukul 9 hingga 10 malam, 23 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 April lalu dan dikenakan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN