fbpx
Sebahagian 1,236 Perajurit Muda (PM) yang berjaya menamatkan latihan sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Had umur kemasukan perajurit muda dinaikkan kepada 30 tahun, BMI 28

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Syarat permohonan dan pengambilan perajurit muda akan ditambah baik termasuk menaikkan had umur kemasukan kepada 30 berbanding 25 tahun sebelum ini dan had Indeks Jisim Badan (BMI) sehingga 28.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md. Othman berkata, selain itu, syarat ketinggian minimum lelaki diturunkan kepada 1.57 meter (m) berbanding 1.62m sebelum ini dan turut memberi ruang kepada calon berkaca mata, namun harus mencapai penglihatan skor 6/12.

“Langkah ini bertujuan untuk membuka peluang yang lebih luas kepada rakyat Malaysia yang berpotensi dan berkelayakan untuk menyertai perkhidmatan Tentera Darat.

“Apa yang lebih penting, setiap calon tetap akan melalui proses penilaian dan latihan yang ketat bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memenuhi standard Tentera Darat akan diserap ke dalam perkhidmatan.

“Ini mencerminkan komitmen Tentera Darat untuk menjadi sebuah organisasi yang lebih inklusif, progresif dan mampan, tanpa mengorbankan tahap profesionalisme dan kesiagaan tempur,” katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Pada program berkenaan, seramai 1,236 perajurit muda berjaya menamatkan latihan terdiri daripada dua graduan ijazah dan 51 pemegang diploma dengan majoriti mereka dari bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

PM Muhammad Khairul Faris Latif, 20, yang merupakan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dari Kuala Lumpur muncul sebagai Perajurit Muda Lelaki Keseluruhan Terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN