fbpx

Hujan lebat di Perlis, Kedah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di utara semenanjung pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlanjutan sehingga pukul 6 petang nanti.

“Ia membabitkan keseluruhan kawasan di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik,” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian jerebu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI