fbpx

Bank Islam lancar dana pelihara kebajikan, pendidikan anak-anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri Chik (kanan) pada majlis pelancaran dana anak yatim Sadaqa House di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan sebuah dana khusus untuk memelihara kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Malaysia melalui platform pendanaan awamnya, Sadaqa House.

Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata, dana baharu yang bertemakan From Cradle to Graduation ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak-anak yatim di seluruh negara, daripada peringkat bayi sehingga remaja.

Menurut beliau, dana itu direka khusus untuk  memastikan pendidikan anak-anak tersebut tidak tercicir dan membolehkan mereka melanjutkan pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah.

Menerusi Misi 2040, Sadaqa House menyasarkan kutipan dana kekal RM1 billion menjelang tahun 2040.

Bank Islam berhasrat untuk menyalurkan RM3 juta setiap bulan kepada pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim di Malaysia melalui hasil pulangan pelaburan dana kekal tersebut dalam instrumen kewangan bersesuaian.

“Bagi memastikan manfaat terus disalurkan kepada anak-anak yatim yang layak, sebelum tahun 2040, sebanyak 20 peratus daripada setiap sumbangan diterima akan disalurkan kepada inisiatif bersama rakan-rakan pelaksana, manakala 80 peratus dimasukkan terus dalam dana kekal berkenaan demi menjana hasil yang lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran Dana Anak Yatim Sadaqa House di sini semalam yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Bank Islam, Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar.

Turut hadir Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sebagai permulaan komitmen kepada usaha tersebut, Bank Islam turut menyalurkan RM761,000 untuk agenda-agenda yang dipersetujui bersama tiga rakan pelaksana Sadaqa House iaitu OrphanCare Foundation, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan Youth Empowerment Foundation (YEF). -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI