fbpx

Virus cacar monyet kekal dalam badan 10 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenis-jenis ruam yang disebabkan oleh jangkitan cacar monyet. - PA

LONDON – Sekumpulan saintis Britain mendedahkan bahawa virus cacar monyet boleh bertahan di dalam badan seseorang sehingga 10 minggu selepas semua kesan ruam pada permukaan kulit hilang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Namun begitu, pakar-pakar kesihatan percaya bahawa virus tersebut tidak aktif dan berjangkit selama tempoh tersebut meskipun ia belum dapat disahkan secara saintifik.

Penemuan itu adalah hasil daripada analisis tujuh kes terdahulu di Britain yang telah dibendung antara 2018 dan 2021.

Setakat ini, sebanyak 71 rakyat Britain telah dijangkiti cacar monyet yang mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia.

Majoriti pesakit yang dikesan dijangkiti virus yang biasa di temui di benua Afrika ini adalah dalam golongan gay dan biseksual.

Kajian baharu mendedahkan bahawa suntikan antivirus cacar boleh membantu orang ramai melawan penyakit itu.

Satu daripada tujuh kes di Britain sebelum ini iaitu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, yang dijangkiti cacar monyet di Nigeria masih diuji positif 76 hari selepas pertama kali jatuh sakit.

Sekiranya kajian yang dijalankan terbukti, pesakit ini dipercayai kembali dijangkiti virus dalam waktu singkat menerusi hubungan seks sebaik sahaja kesan ruam di badannya hilang.

Lelaki yang dirahsiakan identitinya itu telah diberikan semua rawatan yang diperlukan dan dibenarkan pulang dari hospital beberapa minggu selepas diserang virus itu.

Enam minggu kemudian, apabila dia melakukan hubungan seks buat kali pertama selepas dijangkiti cacar monyet, serangan virusnya kembali.

Dia memberitahu doktor bagaimana nodus limfanya telah membengkak dan kulitnya mula melepuh.

Ujian berantai polimerase (PCR) yang diambil mengesahkan bahawa lelaki itu positif cacar monyet kali kedua.

Bagaimanapun, jangkitan semula itu sembuh dalam jangka masa lebih singkat dan secara klinikalnya, lelaki tersebut adalah sihat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI