fbpx

Lepas 7 hari, Anzalna dedah wajah anak, hidung mancung teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA bersama suami mendedahkan wajah dan nama anak kedua mereka selepas tujuh hari dilahirkan.

PETALING JAYA – Tidak perlu menunggu lama dan selepas tujuh hari bersalin, pelakon jelita Anzalna Nasir mendedahkan wajah anak bongsunya buat tatapan umum termasuk berkongsi nama yang unik.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir berkata, dia dan suami mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu selepas ditahnik, barulah mengumumkan nama iaitu Mohamad Emirhan Mohamad dan berkongsi kepada umum.

“Sebagaimana sunnah Nabi Muhammad SAW, setelah cukup tujuh hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat. Amin,” coret Anzalna, 34, menerusi satu entri Instagram.

Dalam muat naik gambar berkenaan, Anzalna bersama suami, Hanif memangku anak kedua mereka seraya dahi bayi yang berusia tujuh hari itu dikucup abangnya, Mohamad Eidrees.

Anzalna baru sahaja melahirkan Mohamad Emirhan pada Jumaat, 20 Mei lalu.

Terdahulu, Anzalna dan Muhamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menumpang bahagia dengan rezeki kurniaan Ilahi dalam hidup keluarga kecil Anzalna.

“Tahniah bro (Hanif). Cantik nama Emirhan,” ujar pelakon dan usahawan, Fizo Omar.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen terpesona dan kagum dengan hidung yang dalam keadaan mancung walaupun baru berusia tujuh hari.

“Kacaknya! Cantik hidung dia. Alhamdulillah, tahniah untuk kalian sekeluarga. Sukanya tengok hidung dia,” demikian antara komen ditinggalkan netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI