fbpx

Kontraktor terima `balasan’ lebih rendah – pegawai penilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini diberitahu, syarikat kontraktor yang menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang, menerima `balasan’ yang jauh lebih rendah daripada kos kajian yang dikendalikannya.

Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) hanya menerima `balasan’ sekitar RM80 juta melibatkan pemberi milikan dua bidang tanah kerajaan beralamat di Lot 702 dan Lot 713 di Bandar Tanjung Pinang.

Kedua-dua tanah itu masing-masing bernilai RM50 juta dan RM30 juta, manakala kos kajian yang dijalankan sekitar RM138 juta.

Perkara itu dinyatakan oleh dua bekas pegawai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Pulau Pinang ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini.

Zakariya Nayan, 55, dan Nurul Asshima Aminullah, 33, masing-masing sebagai saksi pendakwaan ke-25 dan ke-26 bertanggungjawab melakukan kerja penilaian ke atas kedua-dua hartanah berkenaan.

Pada prosiding hari ini, kedua-dua saksi bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan bahawa kerajaan negeri mendapat manfaat yang besar dan tidak mengalami sebarang kerugian melalui pemberi milikan tanah-tanah berkenaan.

Sebelum itu, peguam Haijan Omar yang mewakili Guan Eng mencadangkan nilai dua lot tanah yang diberi kepada CZBUCG sebagai ‘balasan’ kerja berkaitan adalah lebih rendah daripada kos kerja kajian kebolehlaksanaan projek.

Zakariya yang kini pegawai penilaian di Jabatan Insolvensi berkata, pada Disember 2014, beliau menerima permohonan bagi menilai Lot 702 untuk diberi milik kepada Ewein Zenith Sdn. Bhd. untuk pembangunan kediaman dan perniagaan.

Ujarnya, hasil penilaian yang dijalankan, harga bagi pegangan kekal berkeluasan 14,863 meter persegi adalah pada kadar RM3,360 meter persegi manakala nilai pasaran ialah RM50,000.

Sementara itu, Nurul Asshima berkata, beliau menerima permohonan penilaian hartanah bagi Lot 713 pada November 2016 dan mendapati nilai lot berkenaan adalah kurang daripada RM73 juta yang dibelanjakan pemaju untuk projek itu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika sesi pemeriksaan semula berkata, kedua-duanya tidak mengetahui bentuk projek yang dilaksanakan oleh syarikat berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 7 Jun ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI