fbpx

Rosé kongsi tip dapatkan gambar cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSÉ

TIDAK dinafikan, anggota kumpulan Blackpink, Rosé sering menjadi perhatian kerana foto-fotonya yang cantik dan menakjubkan terutama dalam Instagram.

Apa juga gambar tidak kisahlah ketika dia menghadiri sesuatu acara, membuat persembahan mahupun bergambar sendirian, semuanya kelihatan cantik dan sedap mata memandang.

“Ini adalah rahsia saya. Saya ingin meletakkan segalanya dalam gambar, namun saya tidak dapat melakukan semuanya lebih-lebih lagi kalau gambar swafoto.

“Pertama sekali teknik yang saya lakukan adalah dengan menggunakan pencahayaan semula jadi tanpa bantuan cahaya lain.

“Seterusnya, rahsia dan tip yang saya gunakan untuk gambar menakjubkan adalah ambil gambar antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang kerana itulah waktu paling terbaik,” katanya.

Rosé berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual bersama majalah Elle Korea baru-baru ini.

Sekadar info, Rosé, 25, membuat keputusan berhenti sekolah ketika usia 15 tahun dan memulakan kelana hidupnya sebagai bintang K-pop selain terpaksa meninggalkan keluarga yang menetap di Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI