fbpx

Masa untuk bangun semua koperasi terjejas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muslimin (kanan) beramah-mesra dengan penerima bantuan koperasi pada sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Terengganu di Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kerajaan kini memberi fokus diberi untuk membantu koperasi yang terjejas teruk bangkit semula daripada kesan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya berkata, peralihan ke fasa endemik baru-baru ini merupakan masa sesuai untuk membangunkan semula koperasi-koperasi terlibat.

“Beberapa pakej bantuan telah dilancar dan disalurkan kepada semua koperasi yang layak.

“Setakat ini, sebanyak hampir RM21 juta (peruntukan) telah disalurkan melibatkan 542 koperasi termasuk 55 di Terengganu,” katanya pada sambutan Hari Koperasi Negara peringkat negeri di sini hari ini.

Muslimin berkata, antara bantuan tersebut ialah program Transformasi Ekonomi Gerakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi dan program Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi.

Jelas beliau, kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19 sejak awal tahun 2020 telah memberi kesan besar terhadap gerakan koperasi tempatan.

“Terdapat koperasi terpaksa memberhentikan atau memotong gaji pekerja.

“Lebih serius lagi, sesetengah koperasi terpaksa menghentikan operasi aktiviti kerana sekatan yang dilaksanakan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI